Politik

UMNO, Pas capai persetujuan daftar MN

KEPIMPINAN UMNO dan Pas telah mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (mn) secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama untuk terus memperkukuhkan perpaduan.

Kedua-dua parti itu juga akan meneruskan kerjasama antara sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

“Kepimpinan kedua-dua parti telah bersetuju mendaftarkan Muafakat nasionalsecara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh kedua-dua Setiausaha Agung MN iaitu Tan Sri Annuar Musa yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas.

Pada 13 Oktober lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar ia didaftarkan dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

“UMNO berpandangan kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan.
“Sebarang keputusan yang UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara,” katanya.
Keputusan itu diambil selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button