Nasional

Restoran Tupai-Tupai musnah dalam kebakaran

RESTORAN Tupai-Tupai yang sudah terbiar lama musnah dalam satu kebakaran di No 551, Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Komander Operasi, Omar Chekku, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.25 pagi tadi.

“Sebanyak 45 anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Pantai dan Titiwangsa telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah Restoran Tupai-Tupai yang tidak beroperasi dan telah lama dikosongkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaanr restoran yang musnah terbakar hampir 100 peratus pagi tadi. – Gambar ihsan JBPM KL

Jelasnya, kebakaran melibatkan keseluruhan bangunan yang berkeluasan 70×50 kaki persegi dan kemusnahan kebakaran dianggarkan hampir 100 peratus.

Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dan puncah kejadian masih disiasat pihak forensik. -SM

(Visited 4,202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button