Politik

UMNO dan BN perlu pemimpin yang baharu, bersih, jujur, ikhlas dan berintegriti

KETIKA negara menunggu keputusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenai pindaan perlembagaan parti UMNO yang mahu melanjutkan hayat Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sehingga 6 bulan selepas Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini memperlihatkan cubaan oleh segelintir pemimpin UMNO yang mahukan Pilihanraya dahulu, dengan alasan bahawa sekiranya PRU15 diadakan dahulu, kepimpinan UMNO di Pusat dan di Bahagian tidak akan berpecah kerana adanya pertandingan didalam pemilihan parti.

2. Separuh lagi pemerhati politik melihat ini sebagai satu cubaan agar pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dengan pertuduhan jenayah dan rasuah di Mahkamah, masih lagi boleh bertanding pada PRU15 sekiranya kes mereka belum dijatuhkan hukuman ataupun belum lagi selesai proses rayuan.

3. Tok Mat Hasan didalam wawancara beliau dengan ASIA TIMES baru-baru ini berkata, sekiranya didapati bersalah, Najib Razak seharusnya ke Penjara dahulu sebelum sebarang usaha diambil untuk mengampunkan kesalahan beliau.

Seperti Dato’ Harun Idris, Menteri Besar Selangor yang dipenjara atas Kes Rasuah telah dipenjara selama 4 tahun (1977-1981), sebelum diampunkan walaupun Harun Idris telah dihukum 6 tahun penjara.

Dato’ Mokhtar Hashim dihukum mati diatas kesalahan membunuh, kemudiannya dipinda kepada hukuman penjara seumur hidup, juga telah duduk di penjara selama 8 tahun (1983-1991), sebelum diampunkan oleh YDP Agong.

4. Tok Mat Hasan juga kata, UMNO-BN mengalami kekalahan pada Pilihanraya Umum ke 14 kerana UMNO tidak menerangkan Kes 1MDB kepada Rakyat dengan baik.

Rakyat pandai. Rakyat bukan bodoh.

Rakyat memahami Kes 1MDB. PM ketika itu, Najib Razak bertanggung-jawab penuh diatas Isu 1MDB dan Kerajaan gagal menerangkan kepada Rakyat.

Kerajaan juga gagal menyakinkan Rakyat bahawa tiada sebarang penipuan, penyalah-gunaan kuasa serta tiada unsur rasuah berlaku di dalam Kes 1MDB.

Akhirnya, Kerajaan BN-UMNO yang dibina selama 61 tahun, tumbang dan jatuh.

5. Tok Mat juga kata, sekiranya Najib Razak berundur sementara sebelum PRU ke14, besar kemungkinan UMNO-BN tidak akan kalah.

*REALITI POLITIK MASA KINI.*

6. Realiti politik masa kini, UMNO kini berada di persimpangan jalan yang sama.

Sekiranya Zahid Hamidi dan Najib Razak berundur untuk sementara sebelum PRU ke15, besar kemungkinan BN-UMNO akan mencapai kemenangan bergaya.

7. Sekiranya mereka berdua tidak mahu mengundurkan diri.

BN-UMNO akan kelihatan tidak meletakkan Calon Ketua yang baru, bersih, jujur, ikhlas dan berintergriti.

Kemungkinan Rakyat akan sekali lagi menghukum BN-UMNO di Pilihanraya Umum akan datang.

Tiada siapa pun boleh menjangka apa yang akan berlaku didalam Pilihanraya Umum ke 15 nanti, macam-macam boleh berlaku terutama sekiranya jumlah peratus keluar mengundi meningkat kepada 80% – 85% peratus disetiap kerusi Parlimen yang ditandingi.

*KERAJAAN PINTU BELAKANG.*

8. Tok Mat juga mempertikaikan Kerajaan Hari ini adalah sebuah Kerajaan Pintu Belakang.

Kerajaan yang *Tidak Sah.*

Kerajaan yang tidak ada keabsahan (not legally form).

Semua tuduhan ini mungkin ada kebenarannya.

Tetapi perlu diingatkan kepada seluruh rakyat jelata bahawa pada bulan Februari 2020, ketika Kerajaan Pakatan Harapan jatuh, *YDP AGONG* tidak mahu Parlimen dibubarkan.

*Bermakna Kerajaan Hari ini bukan Kerajaan Pintu Belakang.*

*Ini Kerajaan Pilihan YDP Agong, kerana Negara berhadapan dengan Pandemik Covid.*

Suatu Pandemik yang hanya berlaku 100 tahun sekali di dunia ini.

9. Kalau tanya kepada saya, sesiapa yang mempertikaikan *keabsahan (legality)* Kerajaan ini, adalah seorang yang seolah-olah mempertikaikan Kuasa YDP Agong.

*MENDERHAKA KEPADA YDP AGONG.*

10. Sesungguhnya YDP Agong tidak mahu melihat jumlah korban Pandemik bertambah ketika Baginda menjadi YDPA (Not during His Watch).

11. Agak menghairankan masih ada lagi Ahli Politik seperti Tok Mat Hasan, Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Guan Eng, mempertikaikan ketetapan yang diambil oleh YDPA mengenai pembubaran Parlimen ketika itu.

*NEGARA PERLUKAN PEMIMPIN BERSIH, JUJUR, IKHLAS DAN BERINTERGRITI.*

12. Sudah sampai masanya Negara memerlukan seorang pemimpin yang bersih, jujur, ikhlas dan berintergriti bagi memulihkan imej negara di pentas politik Antarabangsa.

Nama-nama seperti Ismail Sabri, Mohamad Hasan, Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin perlu diketengahkan memimpin negara.

Sekiranya diperkatakan bahawa adalah merupakan tradisi Parti UMNO, Presiden UMNO adalah Perdana Menteri Malaysia ketika BN-UMNO berkuasa, tidak seperti sekarang dimana Naib Presiden menjadi Perdana Menteri.

Kemungkinan sudah sampai masanya *tradisi ini diperbetulkan semula,* dengan memberi ruang dan peluang kepada Dato’ Sri Ismail Sabri menerajui parti UMNO dan Kerusi Perdana Menteri.

13. Ini adalah sesuatu Ahli-Ahli dan Pemimpin Tertinggi UMNO dan Barisan Nasional fikirkan sebelum Negara berhadapan dengan Pilihanraya Umum. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button