Nasional

Ubah cara kerja lama jika mahu pacu kemajuan – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu bagi memacu pembangunan di semua kawasan.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua setiausaha kerajaan negeri supaya memantau senarai projek yang diluluskan dan melaksanakan kemas kini status projek secara berkala.

“Tadi saya bincang dengan setiausaha kerajaan negeri untuk mengingatkan bahawa patut sentiasa pantau senarai projek yang diluluskan, berapa yang dilaksanakan dan apakah sebab kelewatan, apakah sebab pengambilan tanah atau kelulusan lain,” katanya semasa merasmikan Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan di Kuantan pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button