Ekonomi

TWL Holdings dan MufeWorld, ACIGOLD jalin kerjasama bakal tawar rumah mampu milik

TWL Holding Berhad sebuah syarikat berteraskan pembangunan hartanah dan industri pembinaan serta pembuatan dan perdagangan asas kayu telah tandatangani MoU pelaburan berjumlah RM132.8 juta dari ACIGOLD Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) untuk membina 415unit pangsapuri yang terletak di Penggiran USJ1, Selangor.

Projek pembinaan pangsapuri tersebut ini menjalinkan bekerjasama antara SIME Darby Berhad, TWL Holdings Berhad, Tinta Kaca Development Sdn. Bhd. (anak syarikat TWL Holdings Berhad) dan Mufe World yang berpangkalan di Dubai dengan kerjasama Malaysian Business Council – Dubai (MyBC-Dubai).

Majlis tandatangani MoU pelaburan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi TWL Holdings Berhad Datuk William Tan Wei Lian dan Pengerusi ACIGOLD Worlwide yang juga pengasas Mufe World Worldwide Datuk Sheikh Jamal Nasir

Pelaburan ini yang merupakan Pelaburan Langsunga Asing (FDI) dari ACIGOLD Dubai, UAE bagi memperkasa ekonomi rakyat Malaysia dan sekaligus menyumbang kepada komuniti.

Menurut Pengerusi ACIGOLD Worlwide yang juga pengasas Mufe World Worldwide Datuk Sheikh Jamal Nasir, “Itulah tujuan, matlamat, impian dan harapan TWL Holdings Berhad bersama ACIGOLD Dubai membina Rumah Kos Mampu Milik bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia yang semakin tinggi terutamanya bagi mereka yang ingin memiliki rumah sendiri.”

Majlis tandatangani MoU pelaburan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi TWL Holdings Berhad Datuk William Tan Wei Lian dan Pengerusi ACIGOLD Worlwide yang juga pengasas Mufe World Worldwide Datuk Sheikh Jamal Nasir dalam satu acara ringkas di Hotel Marriot, Putrajaya pada hari Isnin.

Pengerusi ACIGOLD Worlwide yang juga pengasas Mufe World Worldwide Datuk Sheikh Jamal Nasir berucap di majlis tandatangan MoU pelaburan tersebut

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi/Pengarah Urusan TWL Holding Berhad Shirly Tan Lee Chin, Pengerusi Malaysian Business Council – Dubai UAE Fahamy Ansara Dahalan, Presiden ACIGOLD Worldwide dari Indonesia Aldi Darwanes, Pengarah Jualan TWL Holdings Berhad Maszila Misngat, Naib Presiden Kanan ACIGOLD Worldwide Ellie G dan Ketua Pegawai Eksekutif Cloud Synergi Worldwide dari Pakistan Muneeb Raza. – SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button