Politik

Gerakan kecewa Parlimen dibubar

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (Parti Gerakan) kecewa dengan pengumuman pembubaran Parlimen yang menyebabkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan pada musim tengkujuh ini.

Presiden Nasional Parti Gerakan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada hari Isnin membelakangkan kepentingan rakyat.

Apa yang dibuat oleh beliau jelas melanggar etika sebagai ahli politik yang meletakkan kepentingan rakyat di belakang demi untuk kembali berkuasa penuh.

Malah Pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu hanya atas kertas kerana belanjawan itu belum diluluskan.

Apa yang dibentangkan untuk rakyat itu tidak membawa apa-apa makna. Sepatutnya kerajaan fokus sepenuhnya pada belanjawan.

Tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa ini sudah pasti akan memberi kesan yang buruk kepada rakyat.

Parti Gerakan menyifatkan PRU15 bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda Malaysia ini terutamanya ketika negara bakal berdepan dengan musim tengkujuh tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun semua jentera-jentara dan semua peringkat akar umbi parti dan komponen Perikatan Nasional sudah bersiap sedia menghadapinya sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian. – SM

Artikel berkaitan > Tindakan 12 menteri hantar surat pada Agong cetus ketidakharmonian dalam kerajaan

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button