Nasional

Tuntutan Sulu sepatutnya selesai di Sepanyol

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi)  Datuk Sero Azalina Othman Said menegaskan, pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu sepatutnya menyelesaikan tuntutan mereka ke atas Sabah di Sepanyol terlebih dahulu jika “benar-benar jujur dan telus”.

Azalina mempersoalkan keputusan pihak menuntut yang “melompat” ke mahkamah negara lain untuk penghakiman mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan waris Sultan Sulu berjumlah billion ringgit.

Yang mengarahkan Malaysia bayar pampasan RM62.59 bilion (AS$14.94 bilion) kepada waris Sultan Sulu ialah penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa. Bukan arahan Mahkamah Arbitrasi Perancis.

Kata Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ketika itu, Malaysia memang tidak mengiktiraf tuntutan itu.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, Malaysia bukan sahaja tidak mengiktiraf overback dengan Sultan Sulu tetapi belum dikenal pasti siapakah waris sebenar Sultan Sulu.

“Belum kenal pasti siapa waris sebenar Sultan Sulu. Ehsan daripada Kerajaan, buktikan siapa sebenar waris Sultan Sulu,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian ketika dibangkitkan soal tuntutan waris Sultan Sulu sebagai jawapan kepada soalan Ahmad Hassan (PAPAR) berhubung arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis. – SM

BACA Malaysia tidak iktiraf tuntutan waris Sultan Sulu RM62.59 bilion

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button