Politik

Tun Mahathir umum bentuk gagasan baharu, Gerakan Tanah Air

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan gagasan baharu berasaskan Melayu dan Islam serta badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Tanah Air.

Gerakan Tanah Air itu akan memperjuangkan kaum Melayu untuk mempertahankan Malaysia

“Kita pilih nama sesuai gerakan iaitu dipersetujui Gerakan Tanah Air. Ini gerakan rakyat untuk tentukan nasib mereka lebih baik dengan tukar kerajaan yang ada kepentingan diri.

“Kita akan berjuang untuk rakyat dan agama, itu tujuan kita. Nama ini dah dipersetujui dalam mesyuarat,” katanya pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan dalam talian.

Tun Mahathir selaku Pengerusi gerakan itu berkata, gabungan berkenaan terdiri daripada parti Melayu, NGO dan orang perseorangan. – FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button