Tun M, Shafie dan pemimpin PH bermesyuarat
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathair Mohamad, Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan mengadakan mesyuarat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan hari ini.
Dalam sekeping gambar yang disiarkan di Facebook Anthony Loke Siew Fook turut kelihatan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan bersama Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal di Ibu Pejabat PKR,” tulis bekas menteri pengangkutan Anthony Loke di Facebook rasmi beliau.
Astro Awani hari ini melaporkan Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan secara tertutup hari ini.
Menurut laporan itu, dua pemimpin ini difahamkan akan memuktamadkan usaha Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan yang kini diterajui Perikatan Nasional (PN).
Sumber dalaman PH memberitahu, selepas pertemuan antara Mahathir dan Anwar, selepas pertemuan antara Mahathir dan Anwar, kedua-dua pemimpin tersebut juga akan menyertai mesyuarat PH di ibu pejabat PKR.
Spekulasi PH cuba untuk mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu yang lalu.-SM