Politik

Tun M amat malu Melayu percaya DAP boleh hancurkan mereka

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berasa amat malu dengan orang Melayu yang percaya DAP akan menghancurkan mereka jika parti itu berada dalam Kerajaan Malaysia.

Menurut Pengerusi Bersatu itu, beliau mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan namun beliau mempersoalkan adakan orang Melayu begitu lemah sehingga percaya bahawa sebuah parti politik boleh menghancurkan mereka.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sejak ketika zaman penjajahan hinggalah selepas merdeka banyak peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

Menurut Dr. Mahathir, orang Melayu hanya akan hancur apabila membenar penyangak jadi pemimpin.

Katanya, orang Melayu telah menubuhkan sebuah parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu dan berjaya mengalahkan British, mencapai kemerdekaan, membangunkan negara sehingga menjadi Harimau Asia.

Parti tersebut tidak pernah kalah sehinggalah 9 May 2018 dan kekalahan tersebut menurut Dr. Mahathir disebabkan kerana mendapat penyamun sebagai pemimpin.

Beliau mendakwa parti itu hancur kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi mengutamakan perjuangan orang Melayu.

“Maka dimomok orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancur oleh DAP. Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

“Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?” kata Dr. Mahathir.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ada dalam kalangan orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Saya malu. Amat malu. Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

“DAP tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin,” kata Dr. Mahathir.

BACA Najib pelik Tun M tidak pernah tuduh dia amalkan nepotisme, kronisme

Dalam hantaran di Facebooknya, Dr. Mahathir turut melontarkan persoalan sama ada golongan muda yang menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penakut.

“Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

“Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

“Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah?” tanya Dr. Mahathir.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button