Politik

Tun Faisal tuntut keadilan

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz terus bergerak bagi menuntut keadilan selepas digantung enam tahun keahlian UMNO oleh Majlis Kerja Tertinggi.

Hari ini beliau menyerahkan surat rayuan terhadap hukuman itu kepada Datuk Seri Ahmad Maslan di ibu pejabat UMNO.

Beliau pada asalnya berhasrat menyerahkan sendiri surat rayuan itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tun Faisal berkata, Lembaga Disiplin menggantung keahliannya selama enam tahun adalah suatu kekhilafan dan anggota MKT tidak diberikan gambaran sebenar tentang fakta kes.

“Mereka tidak diberikan kesempatan untuk membaca dan meneliti hujah-hujah pembelaan saya, serta hanya bergantung kepada kesimpulan yang diberikan oleh Lembaga Disiplin.

Anggota MKT hanya diminta mengesahkan laporan yang diberikan dan dibentangkan di dalam mesyuarat MKT yang lepas,” katanya.

Justeru beliau berharap kali ini MKT akan dapat benar-benar membaca dan meneliti hujah-hujah pembelaan yang beliau sampaikan dan mempertimbangkan rayuan yang dibuat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button