Politik

Tun Faisal akan kemuka rayuan berhubung penggantungan keahlian UMNO

TIMBALAN Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz akan mengemukakan rayuan berhubung pergantungan keahliannya dalam parti itu.

Katanya, Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mendapat gambaran sebenar dalam konteks konteks penuh mengenai kenyataannya mengenai presiden parti.

“Saya berpendapat bahawa sebagai ahli, saya berhak membuat rayuan.

“Saya percaya ada beberapa kesalahan ketika keputusan itu dibuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno 2020 pada hari ini.

MT yang bersidang pada hari Sabtu (27 Mac) malam, menjelang perhimpunan agung tahunan itu telah membuat keputusan menggantung keahlian Tun Faisal selama enam tahun.

Related Articles

Tun Faisal menjelaskan bahawa dia tidak mengkritik presiden parti secara terbuka tetapi hanya memberikan pendapat.

“Ada pihak lain yang membuat kenyataan yang lebih menghina presiden tetapi tidak ada tindakan yang diambil seperti meminta presiden untuk mengambil cuti.

“Majlis tertinggi UMNO harus meneliti semua jawapan saya, jangan hanya bergantung pada lembaga disiplin,” katanya.

Beliau juga berkata, banyak spekulasi timbul berhubung penggantungannya itu termasuk kemungkina amaran kepada pengkritik parti yang lain.

“Ada yang tertanya-tanya mengapa saya digantung selama enam tahun.

“Pemimpin lain yang terlibat dalam politik wang tidak menghadapi hukuman seberat itu,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button