Politik

Tukar kerajaan: MCA berdiri teguh bersama BN, PN

MCA mengambil pendirian berdiri teguh bersama Perikatan Nasional dan Barisan Nasional berikutan pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Anwar menggunakan taktik lamanya pada September 2008 yang mendakwa kononnya mendapat sokongan 30 Ahli Parlimen dan menuju ke Putrajaya pada 16 September 2008.

“Ketika bercakap kepada pemberita tengahari tadi, beliau dilihat mengelak daripada menyentuh tentang jumlah nombor atau bilangan Ahli Parlimen yang bersama dengannya.

“Atas kapasiti Presiden MCA, saya menegaskan bahawa pendirian kami adalah jelas, bahawa MCA dan BN ketika ini masih teguh berdiri bersama YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Ka Siong.

Menurut Menteri Pengangkutan itu, di bawah kepimpinan Muhyiddin, Kerajaan dapat terus berfungsi dengan baik dan berjaya berhadapan pandemik COVID-19 sejak 6 bulan lalu.

Dalam masa sama, negara juga dapat memulihkan semula ekonomi negara ketika waktu sukar yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Ka Siong berkata, sebagai seorang pemimpin politik senior Anwar sepatutnya lebih bertanggungjawab.

Tegas beliau, kestabilan negara jauh lebih penting berbanding mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

“Pengumuman Anwar yang mengatakan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan hari ini dilihat seolah-olah mensabotaj negara, yang ketika ini sedang sibuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan semula ekonomi negara.

“Ini dapat dibuktikan apabila sejurus beliau membuat pengumuman tersebut, KLCI jatuh 10.5 mata!” kata Ka Siong dalam satu kenyataan.-SM

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button