Nasional
Tujuh maut van pelancong terbabas ketika turun dari Genting Highlands
TUJUH maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika van yang dinaiki 15 orang sedang dalam perjalanan turun dari pusat peranginan itu.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mereka yang maut termasuk lima perempuan dewasa manakala mangsa lain mengalami kecederaan. – SM