Berita

Tujuh laporan polis terhadap ‘duta tuhan’

Sekurang-kurangnya tujuh laporan polis dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ini susulan petikan terjemahan daripada autobiografinya Becoming Hannah yang terbit pada 2014 mengenai agama Kristian, yang kembali menjadi isu di media sosial.

Pengkritik menumpukan kepada kenyataan Yeoh bertindak sebagai ‘duta tuhan’ atas keyakinan yang dianutinya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan laporan telah dibuat balai berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah Yeoh terhadap bekas ketua polis negara Musa Hassan atas dakwaan antara lainnya dia cuba menjadikan Malaysia negara Kristian.

Related Articles

Semalam, Yeoh berkata dia menyedari mesej WhatsApp dan video yang mempolitikkan keputusan mahkamah itu, yang secara palsu menuduh dirinya mahu memurtadkan umat Islam kepada agama Kristian.

Dia berkata akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Yeoh juga sedang memfailkan rayuan terhadap keputusan saman fitnahnya terhadap Musa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button