Please Tun, tujuh ciapan Khalid Samad kepada Dr. M pagi ini
SEBANYAK tujuh ciapan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negar (Amanah) Khalid Abdul Samad ditujukan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Lima daripada ciapan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dimulakan dengan ayat ‘please Tun’ (tolonglah Tun).
Antara ciapan itu, Khalid berkata, beliau mula belajar untuk menghormati Dr. Mahathir dengan bekerja bersamanya sebagai menteri Kabinet.
Sebagai menteri, beliau selalu melihat Dr. Mahathir bekerja keras dan percaya komitment Dr. Mahathir adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada dan BN.
Khalid berkata, beliau tidak dapat bersetuju dengan Dr. Mahathir apabila Pengerusi Bersatu itu mahu melaksanakan mandat baru untuk diri sendiri. Sedangkan Khalid tetap tenguh dengan PH dan mandat 2018.
Dalam ciapannya, Khalid meminta agar Dr. Mahathir kekal dalam bentuk yang beliau impikan iaitu pemusnah kleptokrat dan penyelamat Malaysia.
Khalid juga mengingatkan kepada Dr. Mahathir agar jangan mengkhianati PH dan negara.