Tudung Ruffle tidak gentar sekiranya banyak pesaing
Walaupun sudah Sembilan tahun jenama Tudung Ruffle bertapak di Malaysia namun bagi pemilik jenama tersebut, Hanis Ariff tidak gentar sekiranya banyak pesaing yang tumbuh seperti cendawan di luar sana.
Bagi usahawan tempatan itu, untuk kekal dalam industri perniagaan ini perlu sentiasa melihat ke hadapan dan memenuhi permintaan pelanggan.
“Tudung Ruffle memang terkenal dengan kain cotton dan sentiasa memperkenalkan muse yang baru sebagai contoh untuk koleksi Aidiladha pada kali ini muse kami adalah Diana Denielle, saya juga antara peminatnya.
“Untuk masa sekarang kami akan keluarkan satu bulan 3 kali untuk koleksi terbaru iaitu Shawl dan bawal di datangi oleh enam koleksi warna.” Jelasnya semasa pelancaran butik terbaru di IOI Mall Putrajaya.
Hanis juga akui bahawa untuk melakukan sesebuah perniagaan perlu mempunyai kesabaran yang tinggi supaya kekal lama dalam perniagaan.
Sementara itu beliau juga menasihati kepada golongan anak muda yang baru membuka perniagaan perlu bermula dari kecil.
“Perlu bermula dari kecil, saya akui kekadang melihat idola kita lebih hebat, kita juga mahukan perkara yang sama namun ternyata baru kita sedar betapa susahnya untuk menjadi orang hebat, jadi enjoy the proses dalam perniagaan, naik jatuh itu biasa, sampai satu masa Allah akan bagi apa yang kita mahu kan”. Katanya