Tubuh seksi, bekas model Versace amal minum air kencing sendiri setiap hari
SEORANG bekas model Versace mendakwa dia mempunyai bentuk badan yang menarik pada usia 55 tahun kerana meminum air kencingnya sendiri setiap hari.
Bekas model yang berasal dari Arizona, AS, bernama Troy Casey berkata, dia juga turut menyapu air kencing pada kulit badannya selama hampir dua dekad.
Perbuatan meminum dan menyapu air kencing pada badan bermula pada 17 tahun yang lalu dan dia juga turut melakukan puasa air kencing selama seminggu dan menyapu air itu di duburnya.
Dia mendakwa, amalan minum air kencing setiap hari adalah punca fizikalnya yang tegap dan menarik.
Troy pernah menjadi model untuk jenama terkenal Versace sebelum menjadi ‘life coach’ dan ‘healer’.
“Terapi air kencing adalah amalan kuno kerana ia tidak banyak diperkatakan.
“Air kencing sebenarnya dipenuhi dengan asid amino, sel stem dan antibodi,” katanya.
Dia pertama kali minum air kencingnya sendiri apabila dia rimas untuk berhenti ke tandas semasa perjalanan kereta yang panjang dan turut mengatakan perasaan merasai kencingnya adalah ‘mengujakan’. – SM