Nasional

Tuanku Raja Muda Perlis gunakan PERLISfm untuk dengar maklumat terkini rakyat

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan ucapan “Selamat Maju Jaya” kepada seluruh radio di dunia terutamanya PERLISfm dan warganya bersempena “Hari Radio Sedunia (World Radio Day) 2021” melalui rakaman yang disiarkan menerusi platform digital ‘PERLISfm’ hari ini.

Tema bagi kali ini untuk program yang disambut setiap tahun pada 13 Februari sejak 1946 ialah “New World, New Radio – Evolution, Innovation, Connection”.

Menurut Tuanku Raja Muda, Institusi DiRaja Perlis mempunyai hubungan erat dengan radio khususnya PERLISfm, di mana radio turut menjadi platform di antara Tuanku Raja Perlis dan juga baginda sendiri dengan rakyat, dalam memberikan maklumat berkaitan aktiviti yang melibatkan Istana. Oleh yang demikian, radio menjadi ‘perantara’ terbaik untuk mendekatkan lagi istana dan juga rakyat negeri ini yang tersayang.

Begitu juga baginda seisi keluarga dapat mengetahui maklumat terkini tentang kehidupan semasa dan keperluan rakyat. Oleh itu, baginda menggalakkan rakyat sama-samalah mendengar dan menjadikan radio khususnya PERLISfm sebagai saluran hiburan dan informasi semasa untuk semua.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, perubahan dan kemajuan teknologi menjadikan PERLISfm boleh didengari di seluruh dunia. Kini menerusi rtmklik.gov.my membolehkan PERLISfm didengari dengan lebih mudah, pada bila-bila masa dan di mana saja.

Related Articles

Pada masa yang sama, melalui radio juga, rakyat dapat terus menerima maklumat yang tepat berkaitan pandemik Covid-19 kerana ia hanya melaporkan maklumat yang sahih. Ini juga dapat mengelakkan rakyat daripada mendengar khabar angin atau berita palsu yang mudah dikongsikan di laman-laman sosial dan aplikasi yang lain.

Selain daripada itu, ‘Radio turut berperanan sebagai medium dakwah yang mudah diterima oleh pendengar melalui segmen-segmen agama mahupun nasihat yang diselitkan semasa ke udara dengan lebih ‘santai’, terang baginda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button