Jenayah

Tragedi Sahur Berdarah, Ini Yang Perompak Buat Kepada Mak Ayah Solehah!

Biar pun syaitan dikurung dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, ia tidak bermaksud orang jahat itu tidak wujud kerana kumpulan ini bukannya pedulikan hukum Allah SWT dan sebagainya.

Maka bukan satu kepelikan apabila masih ada keluarga yang terpaksa berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk seorang perompak bersenjatakan pisau tular.

Kejadian yang menimpa keluarga Kampung Laut, Wakaf Bharu, Kelantan awal pagi semalam bukan hanya tular dalam Whatsapp malah mendapat reaksi yang pelbagai di Facebook.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Nur Solehah berkata, kejadian sekitar jam 4.45 pagi itu dipercayai berlaku selepas suspek memecah masuk melalui grill tingkap kediamannya.

Nur Solehah berkata, ibu bapanya bergelut dengan suspek sehingga berlumuran darah sebelum dia segera menghubungi pihak polis.

Perompak cuba mendekati ibunya namun tidak berbuat apa-apa dan mujur juga perompak itu tidak menikam ibunya.

Pergelutan berlaku dan ayahnya cedera ringan 10 jari, darah terpecik merata-rata di atas lantai!

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button