Bencana alamNasional

Tragedi Batang Kali: Waris korban tanah runtuh terima pampasan RM10,000

Mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi Batang Kali akan menerima pampasan bernilai RM10,000 manakala mangsa yang tidak melibatkan kematian akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) bernilai RM1,000.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah melawat dan mendengar taklimat berhubung insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya.

“Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor akan memudahcara dalam menyalurkan bantuan terus kepada keluarga mangsa.

“Sedih dan dukacita saya kepada keluarga mangsa yang terlibat. Salam takziah buat mereka. Setakat ini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada media berhubung tindakan Kerajaan kepada mangsa tragedi Batang Kali yang perlu mendapat pembelaan dan perhatian yang sewajarnya.

Dalam masa sama, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas yang terdiri daripada 15 agensi yang sedia turut padang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Penghargaan yang tidak terhingga buat pasukan mencari dan menyelamat yang bekerja dalam suasana yang getir dan sukar berdepan dengan risiko yang juga besar,” katanya.

Setakat 12.30 pagi, 17 Disember 2022, kerja-kerja SAR ditangguhkan kerana hujan dan jumlah mangsa yang belum ditemui adalah 12 orang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button