PembacaRencana

Tragedi banjir yang sepatutnya tidak seteruk realiti

Oleh MAHATHIR MOHD. RAIS

KIRA-kira 62,999 rakyat Malaysia telah terjejas berikutan beberapa siri banjir dan banjir kilat di beberapa buah negeri dan daerah di Malaysia.

Dalam masa yang sama jumlah kematian yang ketika ini berjumlah 34 nyawa dan orang yang terjejas akibat bencana tersebut masih meningkat.

Saya dan pasukan saya cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang memerlukan untuk memastikan keperluan asas mereka seperti makanan, air dan barangan kebersihan diri dapat dihantar kepada mereka pada masa yang terdekat.

Jelas sekali keadaan ini tidak ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan. Hashtag seperti  dan #KerajaanGagal menjadi trending sejak beberapa hari lalu.

Perkara ini jelas menunjukan kemarahan dan kekecewaan rakyat dengan ketidakcekapan kerajaan dalam menangani isu  tersebut. Pada Pengamatan saya mereka mempunyai hak untuk merasa seperti itu.

Kemarahan yang ditunjukkan oleh rakyat adalah relevan dek kerana kelembapan tindakan yang diambil kerajaan secara keseluruhan. Persoalannya kini di manakah salah yang mencetuskan kehuru-haraan yang dihadapi rakyat kini?

Keadaan yang teruk boleh dielakkan daripada menjejaskan beribu-ribu penduduk sekiranya kerajaan mendengar arahan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sejak pertengahan tahun ini. Jabatan ini terletak di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Kelekaan kerajaan terbukti kerana agensi-agensi yang patut bertindak dengan segera telah mengabaikan data yang penting yang diberikan oleh MetMalaysia hanya kerana m bersangka bahawa banjir merupakan perkara umum yang berlaku hampir setiap tahun di negara ini.

Dengan adanya kewujudan wabak Covid-19, inilah masa yang sesuai untuk mereka memberi fokus terhadap bencana sebegini.

Rasional utama adalah untuk memastikan bahawa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi tidak akan meningkatkan kes harian covid-19.

Jelas bahawa kerajaan telah gagal melihat perkara ini daripada sudut yang lebih kritikal. Setiap situasi pada zaman ini mesti dilihat dari perspektif ‘norma baharu’.

Kita dapat lihat beberapa agensi kerajaan telah bercakap besar tentang norma baharu hampir setiap hari namun ia hanya relevan pada satu bahagian sahaja.

Mangsa yang dilanda banjir berada dalam keadaan tertekan sama ada daripada segi fizikal, mental dan emosi, sukar bagi mereka untuk bersenang akibat tragedi ini. Nyawa yang terkorban tidak akan dapat dikembalikan.

Kesakitan yang terpaksa dilalui oleh mereka ini lebih teruk disebabkan oleh tindakan lambat yang diambil oleh kerajaan. Aset-aset negara sepatutnya digunakan dengan sepenuhnya untuk membantu mereka yang terperangkap di rumah dan bumbung mereka.

Sebaliknya, mereka yang tidak bersalah ini terpaksa menunggu beberapa hari sebelum menerima sebarang bantuan.

Malahan bantuan yang diterima terutamanya datang daripada rakyat Malaysia, yang membawanya ke platform media sosial untuk mendedahkan lokasi dan keadaan orang yang terperangkap.

Hashtag #DaruratBanjir dan #KitaJagaKita menjadi trending, malah orang ramai terpaksa mengambil hal ini ke tangan mereka sendiri untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

Ini menimbulkan persoalan, adakah kerajaan benar-benar mampu memastikan keselamatan rakyat Malaysia? Adakah negara kita berada di bawha pihak yang selamat?

Ironinya, setiap organisasi hanya menuding jari antara satu sama lain berhubung dengan punca dan kesan banjir tetapi tiada siapa yang berani menjawab mana-mana kritikan yang diberikan.

Kerajaan mesti menukar fokus mereka kepada menyelamatkan rakyat dan berhenti mengambil berat akan agenda peribadi mereka sendiri.

Agensi-agensi di bawah kerajaan haruslah menjalankan tugas dengan lebih efisien dalam mengumpul, menerima dan memberi data dan maklumat kepada pihak atasan dan juga rakyat.

Pada penghujung hari, kerja seorang ahli politik adalah untuk mewakili rakyat yang susah didengari suaranya. Sekiranya rakyat tidak berasa selamat dan tidak dipedulikan oleh pemimpin mereka, maka kerajaan telah gagal.

Penulis, MAHATHIR MOHD. RAIS adalah Ketua Bersatu Bahagian Segambut.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button