JenayahNegeri

Kerani pasar raya dirompak RM120,000, ditikam di perut

SEORANG wanita yang bekerja sebagai kerani pasar raya  ditikam di perut sebelum suspek bertindak melarikan wang berjumlah RM120,000.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke sebuah bank di pedalaman daerah Tambunan, Sabah untuk mendepositkan wang tersebut ketika kejadian berlaku pada tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim berkata, wanita berusia 20-an itu dalam perjalanan mendepositkan pendapatan harian pasar raya dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1 petang.

Beliau berkata, wanita berkenaan ditemani seorang rakan namun mangsa terpaksa berpatah balik ke kereta untuk mendapatkan MyKad manakala rakannya itu menunggu di bank berkenaan.

“Dalam perjalanan ke kereta, individu tidak dikenali yang memakai helmet motosikal dan berbaju hitam secara mengejut menyerang mangsa dan menikamnya di perut,” katanya.

Nor Rafidah berkata, suspek kemudian meragut beg yang mengandungi wang itu dan melarikan diri.

Kerani berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Polis melancarkan operasi mengesan suspek terbabit dengan bantuan video rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi kejadian.- FMT – SM

 

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button