Jenayah

Trafik dijangka meningkat 15 peratus mulai esok

EKORAN arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok, aliran trafik dijangka akan meningkat sehingga 15 peratua bermula esok.

Hal itu susulan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan kebenaran pergerakan rentas negeri.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan trafik bermula minggu pertama PKPP pada 12, 13, dan 14 Jun ini.

Menurutnya, kebanyakan gerai makanan (termasuk tempat makan) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan beroperasi mulai 15 Jun mengikui SOP yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, kemudahan bersolat di surau masih tidak dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Azman, bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, pengendali lebuh raya itu memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) sejak pelaksanaan PKP, iaitu sentiasa membersih dan menyelenggara kawasan R&R, hentian sebelah dan plaza tol.

Tambahnya, PLUS turut menyediakan penanda jarak sosial bagi laluan menghala ke tandas awam, untuk memberi peringatan keselamatan kepada pelanggan lebuh raya termasuk peringatan mengelak aktiviti berkumpul di R&R.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang PLUS di www.plus.com.my atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button