Ekonomi

Tony Fernandes dan Kamarudin Meranum letak jawatan

PENGERUSI AirAsia Group Bhd (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan peletakan jawatan eksekutif masing-masing di dalam syarikat berkenaan dalam tempoh dua bulan.

Menerusi pengumuman itu, AirAsia berkata, pengunduran yang berkuat kuasa serta-merta itu hanya akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan atau lebih, mengikut penilaian syarikat berkenaan.

Bagaimanapun jawatankuasa Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang dibentuk oleh Lembaga Pengarah AirAsia membuat keputusan mengekalkan Kamarudin dan Tony sebagai penasihat syarikat dalam tempoh berkenaan.

The Star melaporkan Jawatan Kamarudin dan Tony juga akan ditukar sebagai ahli lembaga pengarah bukan eksekutif AirAsia.

Keputusan itu dipercayai berkaitan dengan isu baru-baru ini di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah babitkan dua eksekutif AirAsia dengan Airbus.

The Telegraph melaporkan, Airbus membayar RM204 juta dan menawarkan RM225 juta lagi untuk menaja sebuah pasukan sukan yang mempunyai kaitan dengan dua individu berpengaruh di AirAsia dan AirAsiaX.

AirAsia menafikan pembabitan itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button