AgamaNasionalNegeri

Tolak kepercayaan bercanggah akidah Islam

SEGALA kepercayaan dan pemikiran yang bercanggah dengan prinsip akidah Islam perlulah ditolak walaupun ia datang dari mereka yang menggelarkan diri sebagai ilmuan agama, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, adalah sangat mendukacitakan apabila kepercayaan karut dalam masyarakat turut dibawa oleh sebahagian orang atas nama agama Islam yang suci ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen ketika berkenan melakukan perasmian majlis Penutup Perkampungan Sunnah Siri Ke-8 di perkarangan Masjid Alwi di Kangar malam tadi.

Titah Baginda, sedangkan apa yang dibawanya kepada orang awam itu adalah amat terpesong daripada landasan akidah yang sebenar.

“Yang utama dalam berakidah, seseorang Muslim itu wajib menjadikan al Quran dan As Sunnah sebagai panduan dalam kehidupannya,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan melakukan perasmian majlis Penutup Perkampungan Sunnah Siri Ke-8 di perkarangan Masjid Alwi di Kangar malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cederamata daripada seorang kanak-kanak sempena perasmian majlis Penutup Perkampungan Sunnah Siri Ke-8 di perkarangan Masjid Alwi di Kangar malam tadi.

Berkenan hadir Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dan Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Perkampungan Sunnah Siri Ke-8 dari 26 hingga 28 Mei ini yang bertemakan Membanteras Syirik, Menghapus Khurafat ini anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan kerajaan negeri.

Sebahagian hadirin menyaksikan perasmian majlis Penutup Perkampungan Sunnah Siri Ke-8 di perkarangan Masjid Alwi di Kangar malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga bertitah, Islam adalah agama yang meletakkan Tauhid kepada Allah sebagai teras dalam penerimaan segala amal ibadah.

“Apa yang menggusarkan apabila sebahagian daripada umat ini melakukan perkara yang boleh menjerumuskan diri mereka kepada dosa syirik,” titah Baginda.

Titah Baginda, pada masa yang sama perkara tahyul dan khurafat yang pada dasarnyq adalah sesuatu yang karut tetapi masih lagi dipercayai termasuk oleh umat Islam sendiri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button