Lifestyle

Todak perkukuhkan segmen gaya hidup

SHAH ALAM – Todak Culture Sdn. Bhd. kini melalui fasa penjenamaan semula sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup terkemuka.

Anak syarikat di bawah Todak Holdings ini, yang sebelum ini dikenali dengan produk kerusi permainan (gaming chairs) dan pakaian berkonsepkan ‘streetwear’, kini melangkah lebih jauh dengan memfokuskan pengembangan produk secara menyeluruh.

Perkara ini telah dipersembah maklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Culture Sdn. Bhd., merangkap Naib Presiden ‘Merchandising’ Todak Holdings, Ir. Ts. Nurul Hakimi Haque Fazlul Haque kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena lawatan Baginda ke butik pakaian dan aksesori ANCLTD X TODAK di Seksyen 13, Shah Alam.

Keberangkatan Baginda yang diiringi sama kumpulan kayuhan berbasikal TTG Kuala Lumpur yang diketuai sendiri oleh Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif ANC Limited, Syahir Hamdan, bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Todak Paygate Sdn. Bhd., Haji Roslan Rashid.

Butik ANCLTD X TODAK menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori yang direka khas untuk memenuhi citarasa pelbagai lapisan masyarakat. Antara koleksi yang menjadi tumpuan termasuk t-shirt grafik, ‘hoodie’ yang selesa, serta topi ‘snapback’ bergaya, kesemuanya menampilkan logo gabungan ANCLTD dan TODAK dengan sentuhan rekaan yang terkini dan moden.

Lebih daripada sekadar ruang jualan, butik ini direka sebagai pusat komuniti untuk para peminat fesyen dan e-sukan. Pelanggan boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang santai dalam suasana dalaman yang moden dan interaktif. Menariknya, terdapat sudut permainan yang membolehkan pengunjung mencuba permainan popular sambil meninjau koleksi terkini.

Dalam lawatan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut dipersembahkan dengan koleksi terbaru yang menampilkan rekaan unik, bergaya, dan berkualiti tinggi. Koleksi ini merangkumi pakaian ‘streetwear’ kontemporari serta kerusi permainan ergonomik yang direka untuk memberikan keselesaan dan sokongan maksimum kepada pengguna.

Sebagai tambahan, Todak Culture turut mengendalikan dua lagi butik utama di I-City Shah Alam dan IOI Mall Putrajaya. Kedua-dua butik ini beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, disokong oleh operasi logistik yang kukuh menerusi gudang utama di Subang Jaya dan Autoville Cyberjaya.

Terdahulu daripada itu Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah (B) menyampaikan ucapan penghargaan bagi mewakili semua tetamu undangan yang hadir.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button