Nasional

Tindakan Sajat mencemarkan Islam, jejas hubungan dengan Arab Saudi, kata Mujahid

PERBUATAN usahawan jutawan Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan lelakinya bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita mencemarkan Islam.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tindakan usahawan konroversi itu boleh menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Mujahid berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai yang terganggu dengan tindakan Muhammad Sajat yang berusia 35 tahun itu.

“Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya. Apabila di Makkah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita.

“Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita. Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita,” katanya.

Menteri yang menjaga hal ehwal Islam itu berkata, agensi pelancongan yang membawa  Muhammad Sajad, sepatutnya maklum dengan status Sajad sebagai seorang lelaki.

“Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat,” katanya.

Sementara itu Mujahid berkata, pihaknya akan memanggil semua agensi pelancongan untuk memastikan lelaki berpakaian wanita atau wanita berpakaian lelaki dari Malaysia tidak melakukan perbuatan tersebut di kota suci umat Islam itu lagi.

“Sudah tentu. Sepatutnya agensi ini yang perlu membuat penelitian supaya tindakan itu tidak menjejaskan sensitiviti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan Muhammad Sajat dan rakan-rakannya itu tidak akan menjejaskan kuota haji negara.  Ini lebih kepada masalah individu yang perlu ditangani iaitu tiada salahnya jika dia pergi (Makkah) dalam keadaan lelaki,” katanya.

Muhammad Sajat telah memuatnaik gambar-gambar dan video di Mekah memaparkan dia memakai pakaian wanita di hadapan Kaabah.

Ketika ini Muhammad Sajat masih berada di tanah suci bagi menunaikan umrah bersama ibu bapanya dan beberapa rakan yang lain.-SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button