Nasional

Sajat cari penyakit

SELEPAS tercetus kontroversi Sajat yang berpakaian seperti perempuan ketika menunaikan umrah, Suara Merdeka telah membuat carian berhubung undang-undang berkaitan transgender di Arab Saudi.

Memang mengejutkan apabila terbaca berita dilaporkan oleh Independent dua pondan dari Pakistan telah dipukul hingga mati selepas ditangkap berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah.

Berita itu disiarkan tiga tahun lalu menyatakan Amna, 35, dan Meeno, 26, disumbat ke dalam guni dan dipukul hingga mati.

Dalam laporan itu turut memaklumkan puluhan lagi masih dalam tahanan ketika itu kerana kesalahan yang sama.

The Ekspress Tribune pula melaporkan tahun lalu kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan golongan berkenaan menunaikan kedua-dua ibadah tersebut selepas kumpulan mewakili transgender dari Pakistan membuat permohonan.

Ada transgender didenda RM15,000 selepas disiksa di dalam tahanan di negara berkenaan.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata kerajaan kesal dengan tindakan usahawan kontroversi itu yang nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

“Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya hari ini.

Menurutnya agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.

“Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai yang terganggu dengan tindakan tersebut.

“Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya.

“Apabila di Makkah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita. Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita.

“Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita,” katanya.

Dalam pada itu difahamkan Sajat masih berada di Mekah tetapi tidak berani memuat naik ke media sosial aktivitinya.

Difahamkan juga syarikat terbabit membawa Sajat menunaikan umrah telah membuat laporan polis berhubung tindakannya yang menyebabkan perniagaan mereka terjejas dan telah menerima komen berbentuk ugutan di facebook milik syarikat itu.

Laman web milik syarikat itu http://www.albayttravel.com/ juga telah ditutup.

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button