albatros

Gam pendakwah Ridhuan Tee satu tindakan kebelakang

KUASA jika tidak digunakan ia menjadi tidak berguna, manakala mereka yang salah guna kuasa menjadi orang yang tidak berguna.

Selepas bertindak menyekat kandungan TikTok kini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, menyekat pendakwah Ridhuan Tee Abdullah.

Ridhuan memang terkenal sering mengecam pemimpin DAP yang disifatkan sebagai ultra kiasu.

Ridhuan yang sepatutnya memberi ceramah pada program Forum Perdana tetapi telah dimaklumkan telah digam.

Nampaknya kerajaan Pakatan Harapan ini tiada bezanya ketika mereka memerintah 22 bulan dahulu.

Related Articles

Cakap tak serupa bikin. Berkokok berdegar-degar, ekor penuh najis.

Fahmi pasti tidak akan mengekat kandungan TikTok jika dipenuhi dengan perempuan terkinja-kinja berjoget. Bagaimanapun beliau mulai gusar kerana media sosial itu semakin popular digunakan para pendakwah yang menyebab mereka kalah teruk pada pilihan raya lalu.

Perbuatan menyekat Ridhuan Tee akan menyebabkan beliau bertambah popular khususnya di media sosial.

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button