Politik

Tindakan DAP mahu Ahli Parlimen MCA dipindahkan ke blok pembangkang dipersoal

MCA mempersolakan tindakan DAP melalui Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang mencadangkan agar kedudukan wakil rakyat di Dewan Rakyat dipindahkan ke blok pembangkang.

Ia ekorab kedua-dua wakil rakyat kerajaan dari Barisan Nasional itu didakwa tidak mengundi Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, ini termasuk Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen ⁠Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Jika dua ahli Parlimen daripada MCA perlu dipindahkan ke blok pembangkang, maka adakah tempat duduk mereka yang tidak mengundi semalam antaranya termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Nga Kor Ming dan Chow Kuan Yow dari DAP perlu dipindahkan?

“Adakah Ahli Parlimen Kepong daripada DAP ini nak kata mereka ini juga boikot atau khianat terhadap RUU yang dibentangkan oleh kerajaan?

“Seramai 66 orang ahli Parlimen tidak hadir untuk mengundi? Mengapa DAP hanya pertikai dua orang ahli Parlimen daripada MCA sahaja?” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Lip Eng tidak berpuas hati dengan tindakan dua Ahli Parlimen MCA yang sengaja tidak mengundi sewaktu undian dan susulan kejadian itu beliau mencadangkan agar kerusi mereka dipindahkan ke blok pembangkang. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button