Nasional

Timbalan menteri minta maaf sebab tertidur ketika majlis

TIMBALAN Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith meminta maaf kerana tertidur pada majlis graduasi Khatam dan Huffaz Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah which yang diadakan di Palm Mall dekat Seremban pada Sabtu.

Memetik laporan Bernama, pegawainya,  Farahiah Zubir berkata, Ahli Parlimen Kuala Pilah itu tidak sihat tetapi tetap mahu hadir dan telah mengambil ubat sebelum hadir ke majlis tersebut.

“Datuk Eddin Syazlee memohon maaf kerana tertidur pada majlis itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Video Eddin tertidur itu di atas kerusinya ketika diumumkan namanya oleh pengerusi majlis untuk menyampaikan sijil pada majlis itu telah viral.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button