Nasional
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air dijangkiti Covid-19
TIMBALAN Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan.
Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
“Ya positif Covid-19, dan perkara itu disahkan oleh (Setiausaha Kerja Umno) Sumali Reduan kepada media.
“Juga segala program membabitkan dia (Masrizal) di kementeriannya kini ditangguhkan,” katanya kepada Malaysiakini.
Sumber kementerian turut mengesahkan beberapa program Masrizal yang dijadualkan minggu ini dan minggu depan ditangguhkan.
“Ada beberapa program yang telah dirancang membabitkan timbalan menteri terpaksa ditangguhkan,” katanya.-SM