KesihatanNasionalPenyakit

Timbalan KP Kesihatan (Kesihatan Awam) beri jaminan lebih 4,000 pengembara China bebas Covid-19

Pengembara itu tiba dan masuk ke Malaysia Ahad lalu

SERAMAI 4,069 pengembara China yang tiba dan masuk ke negara ini sejak Ahad lalu disahkan tidak dijangkiti Covid-19.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Nurhyati Rusli berkata, setakat ini, tiada sebarang gejala dikesan membabitkan keseluruhan pengembara dari negara berkenaan.

Beliau berkata, KKM akan terus memantau perkara itu termasuk melakukan persampelan air kumbahan bagi pesawat yang tiba dari China.

“Saringan dan pemantauan akan sentiasa ditingkatkan bagi mengesan sebarang varian baharu Covid-19,” katanya menurut Kosmo.

Beliau berkata, kementerian juga akan menilai secara dekat perkembangan mutakhir serta bekerjasama rapat dengan negara serantau khususnya Thailand dan Singapura selain Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memperkukuhkan strategi kawalan dan pencegahan penularan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button