Tiga soalan Najib bikin pening Kit Siang
Di dalam ratusan kenyataan Lim Kit Siang, dia selalu sebut PH mahu lawan rasuah.
So, saya nak tanya dia 3 soalan sangat simple.
Soalan 1:
JIka matlamat PH benar-benar untuk lawan rasuah, kenapa PH melantik orang yang mereka sering gelar sebagai bapa perompak negara sebagai Perdana Menteri?
Soalan 2:
JIka matlamat PH benar-benar untuk lawan rasuah, kenapa PH melantik seorang yang kes rasuahnya tengah dalam perbicaraan Mahkamah untuk menjadi Menteri Kewangan bagi menjaga duit negara?
Soalan 3:
JIka matlamat PH benar-benar untuk lawan rasuah, kenapa laporan polis yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) skandal BNM Forex RM33 bilion (RM100 bilion nilai sekarang) ditarik balik dan kes itu diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA)?
Sedangkan sehingga kini, tiada seorang pun dikenalpasti perlu bertanggungjawab untuk kehilangan dana sebesar itu dan satu sen dari kehilangan itu pun tidak mampu dipulang balik?
Harap MenHEN boleh jawab.
Facebook Najib Razak