TIGA maut manakala lima parah dalam kemalangan membabitkan tiga trak pikap di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, dekat Kampung Pahi di Kelantan, awal pagi tadi.
Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, manakala empat lagi lelaki dan seorang wanita cedera parah.
Jurucakap bomba dan penyelamat Kuala Krai berkata mereka menerima panggilan kecemasan sejurus tengah malam, dan tiba di tempat kejadian 17 minit kemudian.
Beliau berkata, seramai 17 anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat di Kuala Krai dan Sungai Durian dikerahkan ke lokasi dan mendapati dua lori Toyota Hilux bertembung dengan sebuah Ford Ranger.
Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan, manakala tiga yang maut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. – SM