Politik

Tidak wajib, tetapi ahli Pas digalak sertai solidariti bersama Najib

AHLI Pas tidak diwajibkan turut serta dalam himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ tetapi digalakkan jika mereka mahu berbuat demikian di Istana Kehakiman, Putrajaya Isnin ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata,  ini kerana apa yang diperjuangkan melibatkan kepentingan rakyat dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Isu ini adalah isu rakyat dan semua rakyat boleh terlibat. Itu pendirian Pas,” katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Himpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2025 di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bahru hari ini.

Katanya, disebabkan itu membabit isu rakyat, maka tidak ada mana-mana pihak berhak menyekat mana-mana individu untuk bersama-sama dalam himpunan solidariti tersebut atau mengambil berat perkara berkenaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button