Nasional

Tidak perlu isytihar Jalan Masjid India zon bencana – KPN

TIDAK perlu mengisytiharkan kawasan sekitar lubang benam di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat atau bencana, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, polis mesti mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan tidak selamat.

“Tidak perlu mengisytiharkan kawasan Jalan Masjid India sebagai zon tidak selamat kerana lubang benam itu belum diklasifikasikan sebagai bencana.

“Bagaimanapun, polis, bomba dan penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pasukan pertahanan awam telah menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh seolah-olah ia satu bencana,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Kelantan hari ini

Razarudin ditanya mengenai perkembangan terkini dalam pencarian Vijayaletchumy warga India, yang terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8m pada Jumaat lepas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button