Berita

Tiada tindakan selanjutnya…

Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berhubung tindakan melanggar kuarantin wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada peguam negara dan arahan adalah untuk tiada tindakan lanjut (NFA).

“Kertas siasatan telah rujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini no further action..NFA atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14 B di bawah seksyen 15 (1) akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan tersebut, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button