Nasional

Tiada sebab munasabah sektor logistik naik harga – Amir Hamzah

SEKTOR yang terlibat dengan aktiviti logistik tidak ada sebab untuk menaikkan harga yang boleh memberi kesan kepada rakyat susulan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0)
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ini kerana sektor itu kekal memperoleh diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter.
Katanya, kerajaan sedang giat memastikan penyasaran subsidi mencapai objektifnya, terutama melibatkan pelaksanaan SKDS 2.0 yang membolehkan kenderaan logistik tertentu kekal memperoleh diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter.
“Kerajaan mahu pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel berjalan dengan lancar dan akan sentiasa memantau perkembangan aktiviti sektor logistik kerana dengan pelaksanaan SKDS 2.0, tiada sebab munasabah untuk mereka bertindak menaikkan harga yang boleh mengesankan rakyat.
“Pembayaran semula secara tunai ini ialah langkah sementara kerajaan untuk terus membantu pembekal perkhidmatan logistik supaya tidak terkesan dengan perubahan harga runcit diesel,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan telah membangunkan mekanisme interim melibatkan pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang telah diluluskan di bawah SKDS 2.0, tetapi belum mendapat fleet card. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button