Nasional

Tiada larangan untuk duduk di sebelah pemandu, jangan percaya video tular

KERAJAAN tidak menetapkan kedudukan penumpang sama ada dibahagian belakang atau bersebelahan pemandu.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang berada dalam kenderaan daripada rumah yang sama juga dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka.

“Semalam saya ada tengok penularan video kononnya pemandu itu dikompuan kerana isterinya duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan.

“Video tersebut saya sifatkan sebagai tindakan jahat daripada pemandu kereta itu yang dilihat berniar jahat untuk merosakkan nama polis,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail, lelaki itu disaman sebenarnya kerana menggunakan telefon dan tindakannya merakam video serta menyebarkan berita tidak benar menunjukkan seolah-olah polis bersifat kejam.

Jelasnya, rakyat juga diminta untuk tidak terlalu percaya dengan video yang tular di laman sosial kerana banyak yang tidak benar.

“Semalam juga ada tersebar video melibatkan penjaja di Kuala Lumpur yang diherdik dengan tidak sopan oleh penguatkuasa.

“Hari ini dimaklumkan rupanya kes tersebut berlaku pada tahun 2015 dan terjadi di Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail juga berharap penyebaran berita palsu ini akan diambil tindakan tegas terutamanya mereka yang berniat jahat terhadap pihak berkuasa. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button