Ekonomi

Thailand Week 2024 peluang emas untuk perdagangan Malaysia dan Thailand

THAILAND Week 2024, yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dijangka menghasilkan perdagangan eksport melebihi USD4 juta (RM16 juta) dan mencapai USD14 juta (RM58 juta) dalam setahun.

Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP Malaysia), Worawan Wanwil, berkata program ini menawarkan peluang signifikan bagi perniagaan Malaysia, pengimport, dan pengguna dari kedua-dua negara.

Thailand Week 2024 akan menjadi platform penting bagi usahawan, pemimpin industri, dan inovator untuk menjalin hubungan dan membina kerjasama yang akan memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan ASEAN.

“Satu kerjasama ekonomi dan budaya yang erat antara Malaysia dan Thailand bakal menjadi tumpuan utama semasa penganjuran empat hari itu.

 

Acara ini juga selaras dengan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor yang ke-8, mengumpulkan pelbagai pihak termasuk pembeli, pegawai perolehan, dan penggubal dasar untuk memupuk hubungan dan memperluas jangkauan pasaran.

“Bersempena dengan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor yang ke-8 pada tahun 2024, Thailand Week 2024 akan mengumpulkan pembeli, pegawai perolehan, pengeluar, pemilik perniagaan, penggubal dasar kerajaan dan banyak lagi untuk memupuk hubungan bermakna dan mengembangkan jangkauan pasaran mereka.

“Dengan tema Membuka Peluang Perdagangan, Memperkasakan Potensi Perniagaan Tema tahun ini, ia mencerminkan misi acara ini untuk memberikan perniagaan alat dan wawasan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran global yang kompetitif hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain itu Thailand Week 2024 akan menampilkan lebih daripada 100 jenama dinamik, pameran produk dari industri makanan dan minuman, serta aktiviti seperti sesi padanan perniagaan dan persembahan budaya.

Duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas, yakin bahawa selepas kejayaan Mini Thailand Week 2023 yang menarik 74 gerai dan 88 jenama, acara kali ini akan menarik lebih ramai pengunjung dan menyumbang kepada peningkatan volum perdagangan dua hala yang disasarkan sebanyak USD30 bilion menjelang 2027.

Artikle Berkaitan :>

Pelancaran Pahang Gold pacu industri emas, rancakkan ekonomi negeri

Balai seni negara gabungkan 3 negara, Malaysia, Indonesia, Thailand

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button