Nasional

Terpalingggg mendonia! Rodtang Jitmuangnon bangga sarung baju melayu Elrah

JUARA dunia ONE Championship yang dikenali sebagai “The Iron Man” Rodtang Jitmuangnon dari Thailand mencuri tumpuan orang ramai apabila mengenakan Baju Melayu dari jenama tempatan Malaysia, Elrah Exclusive, dalam sesi face-off ONE 172 yang dinantikan. Penampilan luar biasa ini bukan sahaja memperlihatkan keanggunan pakaian tradisional Melayu, malah mengangkat jenama tempatan ke persada antarabangsa!

Di sebelahnya, Takeru Segawa pula memilih sut lengkap berwarna cerah yang menampilkan gaya kemas dan moden.

Dalam perkongsian di laman sosial @Onechampionship, Rodtang berkongsi pandangannya mengenai pemilihan pakaian tradisional Melayu itu.

“Ini adalah bulan Ramadan, jadi saya memakainya sebagai tanda penghormatan kepada umat Islam,” katanya, menunjukkan penghormatan serta rasa bangganya menggayakan Baju Melayu Elrah Exclusive di acara berprestij itu.

Pengasas jenama terkenal Elrah Exclusive, Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman, turut berkongsi keterujaannya menerusi satu hantaran video di TikTok.

“Bila seorang juara dunia mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh – itu adalah maruah, warisan, dan identiti yang dijulang.

“Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli?

“Kita bukan sekadar melihat sejarah, kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami,” tulisnya.

Dalam hantaran lain, El Azman turut berkongsi pandangannya mengenai pemilihan warna hitam untuk Rodtang di sesi face-off.

“Warna hitam bukan sekadar warna, tetapi simbol kekuatan, keberanian, keanggunan serta ketegasan. Dalam dunia seni dan rekaan, hitam sering digunakan untuk mencipta kesan dramatik dan elegan, malah menjadi warna utama dalam konsep minimalis yang menekankan ketegasan.

“Dari sudut psikologi, hitam memberi rasa keyakinan dan keberanian, tetapi pada masa yang sama ia juga melambangkan ketegasan dan keseriusan. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan utama dalam dunia fesyen, perniagaan, dan jenama eksklusif.”

Elrah Exclusive Terpalingggg Mendonia 2025!

Ini bukan sekadar fesyen. Ini adalah satu gerakan budaya, satu kebangkitan warisan yang menggegarkan pentas dunia! Kejayaan Elrah Exclusive kini mencapai tahap yang amat membanggakan. Jenama lokal yang diasaskan oleh El Azman ini bukan sahaja menembusi pasaran Asia, malah kini berada di pentas sukan dunia. Dari industri fesyen ke dunia sukan tempur, Elrah Exclusive terus mengukuhkan identitinya sebagai jenama yang membawa warisan Melayu ke peringkat antarabangsa.

Pemilihan barisan duta yang hebat serta kolaborasi strategik, termasuk dengan Rodtang Jitmuangnon, membuktikan bahawa jenama ini mampu membawa pakaian tradisi Melayu ke mata dunia. Dengan simbolik warna hitam yang melambangkan kekuatan, kemenangan, dan ketegasan, fenomena ini bukan sahaja memberi impak kepada industri fesyen, tetapi juga kepada sektor sukan dan korporat.

Sementara itu, netizen dari pelbagai platform media sosial turut memuji penampilan segak Rodtang dalam busana tradisional Melayu. Mereka turut berbangga melihat pakaian tempatan ini dikenakan oleh legenda Muay Thai di pentas antarabangsa, sekali gus membawa identiti negara ke persada dunia.

Elrah Exclusive telah membuktikan bahawa warisan Melayu mampu bergema di pentas antarabangsa. Dan ini barulah permulaan – Terpalingggg Mendonia 2025!

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button