Terkejut jumpa kalimah Allah pada ‘ground mat’ Decathlon selepas sebulan beli
BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna facebook berkongsi beberapa keping gambar dan video tikar khemah yang dibelinya mengandungi cetakan kalimah Allah.
Gambar dan video tersebut telah dimuatnaik oleh Pak Lang Botuck di laman Facebook ‘Famliy Camping Malaysia’ dan telah menjadi topik hangat yang dibincangkan di ruangan komen.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat dengan jelas kalimah Alllah pada tikar yang dibelinya itu.
“Siapa yang ada beli ground dekat DECATHLON hati-hati ye tuan puan. Ramai orang yang tidak sedar, saya sedar pun dah sebulan beli.
“Kalimah Allah di pijak-pijak je. Subhanallah. Satu ground ada tapi jarak-jarak. Ground kecil saya tak pasti ada ke tidak. Yang pasti ground besar ada tulisan itu (kalimah Allah),” tulisnya pada hantaran itu.
Melihat diruangan komen, netizan berharap ada jalan penyelesaian segera daripada pihak yang menjual tikar khemah tersebut.
“Decathlon, sila keluarkan kenyataan rasmi dan tarik produk ni. Ban pengeluaran produk ini dengan segera sebelum Decathlon yang akan diboikot,” komen salah seorang pengguna Facebook.
Sementara itu, diruangan komen tersebut juga dapat dilihat Decathlon Malaysia telah membalas beberapa komen pengguna lain dan pihak mereka memohon sedikit ruang untuk melakukan sisasatan lanjut dan akan memberikan penjelasan sewajarnya.
“Mohon berikan sedikit ruang untuk pihak kami melakukan siasatan lanjut dan kami akan memberikan penjelasan yang sewajarnya setelah siasatan selesai. Terima kasih,” katanya membalasd salah satu komen. -SM