Hiburan

Terjatuh ketika ambil wuduk: Roy masih dirawat di KPJ Tawakal

TIGA minggu lalu penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Ratnaku, Roy dikhabarkan terjatuh di bilik mandi ketika mengambil wuduk.

Ekoran itu, Roy, 57, dikejarkan ke sebuah pusat rawatan di ibu kota dan keadaannya sehingga ke hari ini, agak kurang baik.

Roy dikhabarkan mengalami patah tangan kiri dan retak di bahagian tulang punggungnya manakala sendi di bahagian bahunya turut retak dan terkehel.

Isteri Roy, Haslinda Abdul Rahman, 56, memberitahu, suaminya masih terlantar dan belum boleh bangun selepas dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan.

“Besar kemungkinan dia memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan yang dialami ekoran terjatuh tempoh hari.

“Sehingga ke hari ini, dia masih lagi dirawat di KPJ Tawakal Kuala Lumpur, Bahagian Rehabilitasi,”katanya.

Menurut beliau lagi, suaminya Roy masih belum boleh bangun manakala kaki dan tangan kirinya juga tidak boleh bergerak kerana tulang punggun retak dan tangan patah.

Walau bagaimanapun, kata Haslinda, Roy sedar dan boleh bercakap cuma kata doktor, ia akan mengambil masa antara tiga sehingga enam bulan untuk pulih.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi itu terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu akibat terjatuh ketika mengambil wuduk.

Roy dikatakan berada di wak kerana kecederaan yang dialaminya dan pada Januari lalu, dia pernah dijangkiti Covid-19 tahan empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Selepas seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan meruskan kerjaya rutinnya sebagai penyanyi jalanan di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa. – HARIAN METRO – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button