Terharu dan teruja lihat kesungguhan Anuar Zain – Syria Care
SYRIA CARE lancar Kempen Ramadan Al Khair buat kali ke-10 pada Februari lalu bagi menyambut Ramadan yang bakal tiba.
Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata pihaknya akan melaksanakan Misi Kemanusiaan buat kali ke 13 pada hujung Mac ini ke tiga buah negara iaitu Turki, Syria dan Lubnan.
“Kali ini sempena kempen Ramadan Al Khair pihak kami akan meneruskan misi kami ke sana dan akan bergerak pada 31 Mac ini” katanya yang berucap pada majlis sidang media Misi Kemanusian Syria Care 13.0, petang tadi.
Misi yang mengambil masa 2 minggu itu turut disokong oleh penyanyi lelaki terkenal negara iaitu Anuar Zain yang bakal menyertai sama bagi melaksanakan misi bantuan di Lubnan.
“Syria Care akan melaksanakan misi kemanusiaan ke Turki seterusnya ke Syria dan Lubnan bagi melaksanakan agihan sempena Ramadan kali ini. Anuar Zain dijangka berangkat pada 11 April 2022 untuk bersama-sama melaksanakan misi kali ini.
“Kami berasa terharu dan teruja melihat kesungguhan Anuar Zain untuk bersama-sama kami bagi menggerakkan usaha kemanusian ini” katanya
Siti Sakinah turut berharap dengan kerjasama daripada penyanyi tersebut dapat menyemarakkan lagi kempen yang dilaksanakan.
“Biasanya orang islam pesan makanan untuk diri sendiri, tapi kali ini kita pesan makanan untuk diberi kepada pelarian Syria, anda pesan kami hantar” katanya yang memperkenalkan platform Oderfood untuk kempen kali ini.
Orang ramai yang ingin menyumbang khususnya menaja set iftar serendah RM15 atau pek makanan kering bernilai RM150 bagi meringankan beban pelarian Syria sepanjang Ramadan boleh disalurkan melalui link affiliate khas Anuar Zain iaitu https://donate.syriacare.org.my/order/form/oderfood/anuarzain