‘’Tergamak mereka buat projek macam tu semata-mata nak puaskan nafsu sambil anak saya di tengah-tengah’’- Dr Say.
PERSONALITI media sosial dan juga doktor perubatan, Dr Say Shazril meluahkan rasa ketidak puas hati terhadap dua pembantu rumahnya kerana dengan beraninya membawa masuk dua lelaki masuk ke rumahnya semasa Dr. Say dan dua isterinya berada di rumah.
Menerusi media sosialnya yang dimuat naik oleh akaun Dr Saya berkata, kejadian berlaku ketika malam 29 Julai, dua pembantu rumah itu bersama anaknya yang masih bayi.
PERSONALITI media sosial dan juga doktor perubatan, Dr Say Shazril meluahkan rasa ketidak puas hati terhadap dua pembatu rumahnya kerana dengan beraninya membawa masuk dua lelaki masuk ke rumahnya semasa Dr. Say dan dua isterinya berada di rumah.
Menerusi media sosialnya yang dimuat naik oleh akaun Dr Saya berkata, kejadian berlaku ketika malam 29 Julai, dua pembantu rumah itu bersama anaknya yang masih bayi.
“Saya sampai rumah lepas potong rambut dalam pukul 9.20 malam. Masa saya nak masuk rumah, saya nampak ada dua lelaki berdiri dekat rumah bertentangan dengan rumah saya.
“Saya ingat orang biasa je lah sebab kawasan rumah saya ni memang ramai orang lalu lalang. 9.40 malam, isteri saya nak berangkat pergi kerja. Ada seorang datang kata dia nampak ada dua lelaki masuk rumah saya.
“Maid saya dua orang bawa lelaki masuk rumah masa saya dengan bini ada kat atas pukul 9.25 malam. Saya dengan bini dalam rumah boleh pula bawa masuk dua lelaki kat dalam.
“Laki tu masih ada kat bawah. Jadi sekarang saya tengah fikir jap sama ada nak call polis atau macam mana sebab baby ada pada dia orang,” katanya.
Dr. Say Shazril turut berkongsi rakaman CCTV di ruang tamu, yang mana salah seorang pembantu rumahnya telah menutup kamera tersebut dengan botol air.
Dua pembantu rumahnya berusia 37 tahun dan 39 tahun warganegara Indonesia serta Filipina.
“Maid pertama saya letak botol depan CCTV untuk block pandangan. 8.40 malam, maid kedua saya pusing CCTV menghadap TV.
“Kemuncaknya, 9.25 malam masa saya baru balik dan masa saya dan bini ada dekat tingkat atas rumah saya, dibawa masuknya dua lelaki,” katanya.
Seterusnya, beliau memuat naik video tiga anggota polis datang ke rumahnya untuk membuat serbuan.
“Saya call maid untuk hantar baby, nak tipu letak ubat krim, tapi tak angkat telefon. Tak tahu lelaki tu ada lagi ke tak. Terpaksa serbu terus, hantar baby naik dulu, lepas tu polis serbu.
“Tapi dah tak jadi, ni serbu je lah terus. Tak tahu ada lagi ke tak,” ceritanya.
Dr Say Shazril turut berkongsi video anggota polis mengetuk pintu bilik pembantu rumahnya dan terdapat dua orang lelaki warga asing tak memakai baju di atas katil.
‘’Kedua-dua lelaki itu dipercayai warga Bangladesh. Mereka tidak berbaju dan berselindung dalam selimut. Terus terang saya gugup.
“Tergamak mereka buat projek macam tu semata-mata nak puaskan nafsu sambil anak saya di tengah-tengah tu. Kalau anak saya menangis masa mereka tengah buat projek, mahu anak saya dipukul atau dicederakan,” katanya.
Menurutnya, kejadian yang berlaku memberi pengajaran berguna agar sentiasa berhati-hati ketika mengambil khidmat pembantu rumah.
“Jangan mudah percayakan sesiapa dan jangan bagi muka pada helper. Saya baik sangat, kadang-kadang bagi helper duit poket, seminggu sekali bagi mereka hari cuti,” katanya kesal sambil memberitahu kedua-dua pembantu rumah tersebut sudah diambil semula oleh agensi.
Artikle Berkaitan :>