Nasional

Teresa Kok beri keterangan, kerjasama penuh pada PDRM berkaitan sijil halal

Ahli Parlimen Seputeh dari AP, Teresa Kok selesai memberi keterangan kepada polis i Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini berhubung komennya terhadap cadangan mewajibkan restoran memohon sijil halal

Beliau ditemani peguam, Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh dilihat keluar dari pekarangan Bukit Aman kira-kira pukul 11.55 pagi.

Ini rentetan kenyataan Teresa pada 6 September lalu adalah respon kepada cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkenaan pensijilan halal mandatori di kedai-kedai makan bukan Islam.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah membantah sijil halal sebaliknya turut mempromosi pensijilan halal Malaysia sejak 2008 bila memegang jawatan Exco Perdagangan, Industri dan Pelaburan di Selangor sehingga hari ini.

“Saya kerap memaklumkan kepada pelabur bahawa pensijilan halal di Malaysia mempunyai standard yang tinggi sekiranya mereka mahu mengimport apa-apa produk ke negara Islam maka mereka boleh dapatkannya melalui negara ini.

“Saya ada tanggungjawab menyuarakan masalah dan suara hati pelbagai kaum sebab itu saya minta kerajaan kaji semula cadangan terbabit,” kata Teresa pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Syahredzan pula berkata, Teresa telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berkaitan isu ini.

“Setakat ini, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Rakaman keterangan berjalan selama sejam 30 minit dan lebih 20 soalan ditanyakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ramkarpal berharap pihak polis akan mengambil tindakan serta siasatan penuh dengan merakam keterangan pihak lain yang mungkin terlibat bagi melengkapkan siasatan secara keseluruhan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button