BeritaPendidikan

Teras Aspirasi Rektor 2022, elemen pengukuhan KUIPs

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan melaksanakan ‘Teras Aspirasi Rektor 2022’. Ia merupakan elemen pengukuhan yang menjadi agenda dalam struktur tadbir urus dan pentadbiran KUIPs bagi tahun 2022. Penyusunan teras aspirasi ini adalah berdasarkan Sorotan Pencapaian Pelan Strategik KUIPs bagi tahun 2021.

Elemen #KUIPsDiHati yang akan diberi perhatian dan tindakan ialah Penjajaran Pengurusan, Kecemerlangan Akademik, Tadbir Urus (Kesegeraan), Pemerkasaan Imej (KUIPs) dan Mahasiswa Holistik.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Rektornya Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam ‘Majlis Sembah Mengadap Ke Atas Tuanku Canselor’ yang diadakan pada petang semalam secara atas talian.

Turut hadir, Penolong Pendaftar Pejabat Rektor, Muhammad Syazuwan Ahmad.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs dibentangkan ‘Pencapaian Pelan Strategik KUIPs 2021’ dan juga ‘Inisiatif Penganjuran Majlis Aspirasi KUIPs 2022’.

KUIPs dengan slogan ‘Di Sini Pencinta Sunnah DiLahirkan’ akan mengadakan ‘Majlis Aspirasi Rektor – Membumikan Pelan Strategik 2021-2025’ pada pagi jumaat 1 April 2022 ini bermula jam 9 di Auditorium KUIPs Kampus Kuala Perlis.

Menurut Rozaimi yang baru dilantik berkuatkuasa pada 3 Februari 2022 yang lalu, amat terharu kerana Tuanku Raja Muda sudi mendengar dan sanggup bersama memberikan idea-idea bernas untuk KUIPs laksanakan bagi terus memajukan lagi kolej universiti berkenaan.

Untuk rekod, bagi tempoh 2017-2022 KUIPs telah berjaya melahirkan 791 orang graduan.

Pada masa ini KUIPs yang bernaung sepenuhnya di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) juga sudahpun mempunyai seramai 1,063 orang pelajar aktif yang mana 10% daripadanya adalah pelajar antarabangsa dari 15 buah negara terdiri daripada Vietnam, Thailand, Indonesia, Myanmar, Filipina, Kemboja, Algeria, Tunisia, Jordan, Sudan, Palestin, Mali, Nigeria, Ghana dan Bangladesh.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button