Tengku Zafrul dedah nama Kementerian terlibat projek rundingan terus
MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan senarai kementerian yang terlibat dalam pemberian 101 projek bernilai RM6.61 billion secara rundingan terus ketika era pemerintahan Pakatan Harapan.
Dalam kenyataan beliau, sebanyak 19 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri terlibat dalam pemberian projek secara rundingan terus.
Nilai perolehan tertinggi dicatatkan oleh Kementerian Pengangkutan iaitu sebanyak RM4,477 juta (4 projek) diikuti Kementerian Pertahanan RM900.86 juta (6 projek) dan Kementerian Dalam Negeri RM517.68 juta (8 projek).
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mencatatkan bilangan projek tertinggi diberikan secara rundingan terus iaitu sebanyak 13 projek melibatkan nilai perolehan RM5.67 juta.
Diikuti Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebanyak 12 projek (RM380 juta) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu 9 projek (RM10.36 juta).
Berikut senarai syarikat yang mendapat projek secara rundingan terus: